Tuesday, 22 February 2011

Keadaan Fizik Nabi Muhammad S.A.W.


Keadaan Fizik Nabi Muhammad S.A.W.

Diriwayatkan dari Ya'kub Bin Sufyan Al-Faswi dari Al-Hasan Bin Ali R.A berkata; أ¢â‚¬?Pernah aku menanyai pakciku dari sebelah ibu Hind bin Abu Halah yang mana, aku tahu dia memang sangat pandai mensifatkan perilaku Rasulullah S.A.W. Padahal aku ingin sekali untuk disifatkan kepadaku sesuatu dari sifat baginda yang dapat aku contohi, maka dia berkata;

Adalah Rasulullah SAW itu seorang yang agung yang senantiasa diagungkan, wajahnya berseri-seri layak bulan di malam purnama, tingginya cukup tidak terialu ketara, juga tidak terlalu pendek, dadanya bidang, rambutnya selalu rapi antara lurus dan bergelombang, dan memanjang hingga ke tepi telinganya, lebat, warnanya hitam, dahinya luas, alisnya lentik halus terpisah di antara keduanya.
Apabila Baginda marah kelihatannya seperti bercantum, hidungnya mancung, kelihatan memancar cahaya ke atasnya, janggutnya lebat, kedua belah matanya hitam, kedua pipinya lembut dan halus, mulutnya tebal, giginya putih bersih dan jarang-jarang, di dadanya tumbuh bulu-bulu yang halus, tengkuknya memanjang, berbentuk sederhana, berbadan besar lagi tegap, rata antara perutnya dan dadanya, luas dadanya, lebar antara kedua bahunya, tulang belakangnya besar, kulitnya bersih, antara dadanya dan pusatnya dipenuhi oleh bulu-bulu yang halus, pada kedua dada dan perutnya bersih dari bulu, sedang pada kedua lengannya dan bahunya dan di atas dadanya berbulu pula, lengannya panjang, telapak tangannya lebar, halus tulangnya, jari telapak kedua tangan dan kakinya tebal berisi daging, panjang ujung jarinya, rongga telapak kakinya tidak menyentuh tanah apabila beliau berjalan, dan telapak kakinya lembut serta licin tidak ada lipatan, tinggi seolah-olah air sedang memancar daripadanya.
Apabila baginda mengangkat kakinya diangkatnya dengan lembut (tidak seperti jalannya orang menyombongkan diri), melangkah satu-satu dan perlahan-lahan, langkahnya panjang-panjang seperti orang yang melangkah atas jurang, bila menoleh dengan semua badannya, pandangannya sering ke bumi, kelihatan dia lebih banyak melihat ke arah bumi daripada melihat ke atas langit, jarang dia memerhatikan sesuatu dengan terlalu lama, selalu berjalan beriringan dengan sahabat-sahabatnya, selalu memulakan salam kepada siapa yang ditemuinya.أ¢â‚¬?
Sifat Nabi Muhammad S.A.W Sehari-hari.
Aku bertanya pula kepada pakciku; أ¢â‚¬إ“Sifatkanlah kepadaku mengenai kebiasaannya!أ¢â‚¬? Jawab pakciku;
أ¢â‚¬إ“Adalah Rasulullah S.A.W itu kelihatannya seperti orang yang selalu bersedih, senantiasa banyak berfikir, tidak pernah beistirehat panjang, tidak berbicara bila tidak ada keperluan, banyak diamnya, memulakan bicara dan menghabiskannya dengan sepenuh mulutnva, kata-katanya penuh mutiara mauti manikam, satu-satu kalimatnya, tidak berlebih-lebihan atau berkurang-kurangan, lemah lembut tidak terlalu kasar atau menghina diri, senantiasa membesarkan nikmat walaupun kecil, tidak pernah mencela nikmat apa pun atau terlalu memujinya, tiada seorang dapat meredakan marahnya, apabila sesuatu dari kebenaran dihinakan sehingga dia dapat membelanya.أ¢â‚¬?
Didalam riwayat yang lain, dikatakan bahawa apabila baginda menjadi marah kerana sesuatu urusan dunia atau apa-apa yang bertalian dengannya, tetapi apabila baginda melihat kebenaran itu dihinakan, tiada seorang yang dapat melebihi marahnya, sehingga baginda dapat membela kerananya.
Baginda tidak pernah marah untuk dirinya, atau membela sesuatu untuk kepentingan dirinya, bila mengisyarat diisyaratkan dengan semua telapak tangannya, dan bila baginda merasa takjub dibalikkan telapak tangannya, dan bila berbicara dikumpulkan tangannya dengan menumpukan telapak tangannya yang kanan pada ibu jari tangan kirinya, dan bila baginda marah akan terus berpaling dari arah yang menyebabkan baginda marah, dan bila baginda gembira dipejamkan matanya, kebanyakan ketawanya ialah dengan tersenyum, dan bila baginda ketawa, ketawanya adalah seperti embun yang dingin.
Berkata Al-Hasan lagi: أ¢â‚¬إ“Semua sifat-sifat ini aku simpan dalam diriku lama juga. Kemudian aku berbicara mengenainya kepada Al-Husain bin Ali, dan aku dapati ianya sudah terlebih dahulu menanyakan pamanku tentang apa yang aku tanyakan itu. Dan dia juga telah menanyakan ayahku, Ali bin Abu Thalib R.A tentang cara pergaulan baginda dan semasa baginda di rumah, tentang cara duduknya, malah tentang segala sesuatu mengenai Rasulullah S.A.W itu.
Keadaan Nabi Muhammad S.A.W Semasa Di Rumah.
Berkata Al-Hasan R.A lagi: أ¢â‚¬إ“Aku juga pernah menanyakan ayahku tentang masuknya Rasulullah S.A.W ke rumah lalu ayahku menjawab;
Masuknya baginda ke dalam rumahnya bila sudah diizinkan khusus baginya, dan apabila baginda berada di dalam rumahnya dibahagikan masanya kepada tiga bahagian.
Satu bahagian khusus untuk Allah ta'ala, satu bahagian untuk isteri-isterinya, dan satu bahagian lagi untuk dirinya sendiri.
Kemudian dijadikan bahagian untuk dirinya itu terpenuh dengan urusan di antaranya dengan manusia, dihabiskan waktunya itu untuk melayani semua orang yang datang maupun yang khusus, tiada seorang pun dibezakan dari pada yang lain.

Di antara tabiatnya ketika melayani ummat, dia selalu memberikan perhatiannya kepada orang-orang yang terutama untuk dididiknya, dilayani mereka menurut kelebihan diri masing-masing dalam agama. 
Ada yang keperluannya satu ada yang dua, dan ada yang lebih dari itu, maka baginda akan duduk dengan mereka dan melayani semua urusan mereka yang berkaitan dengan diri mereka sendiri dan kepentingan ummat secara umum.
Baginda akan menunjukkan kepada mereka apa yang perlu dan memberitahu mereka apa yang patut dilakukan untuk kepentingan semua orang dengan mengingat mereka;
"Hendaklah siapa yang hadir menyampaikan kepada siapa yang tidak hadir. Jangan lupa menyampaikan kepadaku keperluan orang yang tidak dapat menyampaikannya sendiri, sebab sesiapa yang menyampaikan keperluan orang yang tidak dapat menyampaikan keperluannya sendiri kepada seorang penguasa, niscaya Allah SWT akan menetapkan kedua tumitnya di hari kiamat", tiada disebutkan di situ hanya hal-hal yang seumpama itu saja. 
Baginda tidak menerima dari bicara yang lain kecuali sesuatu untuk masalah ummatnya. Mereka datang kepadanya sebagai orang-orang yang berziarah, namun mereka tiada meninggalkan tempat melainkan dengan berisi.أ¢â‚¬? 

Dalam riwayat lain mereka tiada berpisah melainkan sesudah mengumpul banyak faedah, dan mereka keluar dari majelisnya sebagai orang yang ahli dalam hal-ehwal agamanya.

Keadaan Nabi Muhammad S.A.W Semasa Berada Di Luar Rumah.
Berkata Al-Hasan R.A lagi: أ¢â‚¬إ“Kemudian saya bertanya tentang keadaan baginda semasa di luar, dan apa yang dibuatnya?أ¢â‚¬? Ayahku menjawab;
أ¢â‚¬إ“Adalah Rasulullah SAW ketika di luar, senantiasa mengunci lidahnya, kecuali jika memang ada kepentingan untuk ummatnya. Dia selalu beramah-tamah kepada mereka, dan tidak kasar dalam bicaranya.
Baginda senantiasa memuliakan ketua setiap suku dan kaum dan meletakkan masing-masing di tempatnya yang layak. Kadang-kadang dia mengingatkan orang ramai, tetapi dia senantiasa menjaga hati mereka agar tidak dinampakkan pada mereka selain mukanya yang manis dan akhlaknya yang mulia.
Baginda selalu menanyakan sahabat-sahabatnya bila mereka tidak datang, dan selalu bertanyakan berita orang ramai dan apa yang dibebani mereka. Mana yang baik dipuji dan dianjurkan, dan mana yang buruk dicela dan dicegahkan.
Baginda senantiasa bersikap pertengahan dalam segala perkara, tidak banyak membantah, tidak pernah lalai supaya mereka juga tidak suka lalai atau menyeleweng, semua perkaranya baik dan terjaga, tidak pernah meremehkan atau menyeleweng dari kebenaran.
Orang-orang yang senantiasa mendampinginya ialah orang-orang paling baik kelakuannya, yang dipandang utama di sampingnya, yang paling banyak dapat memberi nasihat, yang paling tinggi kedudukannya, yang paling bersedia untuk berkorban dan membantu dalam apa keadaan sekalipun.
Keadaan Nabi Muhammad S.A.W Ketika Menghadiri Majlis.
Berkata Al-Hasan R.A; أ¢â‚¬?Saya lalu bertanya pula tentang majelis Nabi SAW dan bagaimana caranya?أ¢â‚¬? Jawab ayahandaku;
Bahawa Rasulullah S.A.W tidak duduk dalam sesuatu majlis, atau bangun daripadanya, melainkan baginda berzikir kepada Allah S.W.T, baginda tidak pernah memilih tempat yang tertentu, dan melarang orang meminta ditempatkan di suatu tempat yang tertentu.
Apabila baginda sampai kepada sesuatu tempat, di situlah baginda duduk sehingga selesai majlis itu dan baginda menyuruh membuat seperti itu. Bila berhadapan dengan orang ramai diberikan pandangannya kepada semua orang dengan sama rata, sehingga orang-orang yang berada di majlisnya itu merasa tiada seorang pun yang diberikan penghormatan lebih darinya.
Bila ada orang yang datang kepadanya kerana sesuatu keperluan, atau sesuatu masalah, dia terus melayaninya dengan penuh kesabaran hinggalah orang itu bangun dan kembali. baginda tidak pemah menghampakan orang yang meminta daripadanya sesuatu keperluan, jika ada diberikan kepadanya, dan jika tidak ada dijawabnya dengan kata-kata yang tidak mengecewakan hatinya. Budipekertinya sangat baik, dan perilakunya sungguh bijak.
Baginda dianggap semua orang seperti ayah, dan mereka dipandang di sisinya semuanya sama dalam hal kebenaran, tidak berat sebelah. Majlisnya semuanya ramah-tamah, segan-silu, sabar menunggu, amanah, tidak pemah terdengar suara yang tinggi, tidak dibuat padanya segala yang dilarangi, tidak disebut yang jijik dan buruk, semua orang sama kecuali dengan kelebihan taqwa, semuanya merendah diri, yang tua dihormati yang muda, dan yang muda dirahmati yang tua, yang perlu selalu diutamakan, yang asing selalu didahulukan.
Nabi Muhammad Ketika Bersama Sahabat-sahabatnya.
Berkata Al-Hasan R.A; أ¢â‚¬إ“Saya pun lalu menanyakan tentang kelakuan Rasulullah SAW pada orang-orang yang selalu duduk-duduk bersama-sama dengannya? Jawab ayahandaku;
أ¢â‚¬إ“Adalah Rasulullah S.A.W selalu periang orangnya, pekertinya mudah dilayan, selalu berlemah-lembut, tidak keras atau bengis, tidak kasar atau suka berteriak-teriak, kata-katanya tidak kotor, tidak banyak bergurau atau beromong kosong, segera melupakan apa yang tiada disukainya, tidak pernah mengecewakan orang yang berharap kepadanya, tidak suka menjadikan orang berputus asa.

Sangat jelas dalam perilakunya tiga perkara yang berikut; 
Baginda tidak suka mencela orang dan memburukkannya. Baginda tidak suka mencari-cari keaiban orang dan tidak berbicara mengenai seseorang kecuali yang mendatangkan faedah dan menghasilkan pahala.
Apabila baginda berbicara, semua orang yang berada dalam majlisnya akan memperhatikannya dengan tekun seolah-olah burung sedang bertenggek di atas kepala mereka. Bila dia berhenti berbicara, mereka baru mula berbicara, dan bila dia berbicara pula, semua mereka berdiam seribu basa. Mereka tidak pernah bertengkar di hadapannya.
Baginda akan tertawa bila dilihatnya mereka tertawa, dan baginda merasa takjub bila mereka merasa takjub. baginda selalu bersabar bila didatangi orang badwi yang seringkali bersifat kasar dan suka mendesak ketika meminta sesuatu daripadanya tanpa mahu mengalah atau menunggu, sehingga para sahabatnya merasa kurang senang dengan badwi itu, tetapi baginda tetap menyabarkan mereka dengan berkata:
"Jika kamu dapati seseorang yang perlu datang, hendaklah kamu menolongnya dan jangan menghardiknya!".
Baginda juga tidak mengharapkan pujian daripada siapa yang ditolongnya, dan kalau mereka mau memujinya pun, baginda tidak menggalakkan untuk berbuat begitu. baginda tidak pernah memotong bicara sesiapa pun sehingga orang itu habis berbicara, lalu barulah baginda berbicara, atau dia menjauh dari tempat itu.
Nabi Muhammad S.A.W. Ketika Mendiamkan Diri.
Berkata Al-Hasan R.A; أ¢â‚¬?Saya pun menanyakan pula tentang diamnya, bagaimana pula keadaannya?أ¢â‚¬? Jawab ayahku;
أ¢â‚¬?Diam Rasulullah S.A.W bergantung kepada mempertimbangkan empat hal, iaitu: Kerana adab sopan santun, kerana berhati-hati, kerana mempertimbangkan sesuatu di antara manusia, dan kerana bertafakkur.
Adapun sebab pertimbangannya ialah kerana persamaannya dalam pandangan dan pendengaran di antara manusia. Adapun tentang tafakkurnya ialah pada apa yang kekal dan yang binasa. Dan terkumpul pula dalam peribadinya sifat-sifat kesantunan dan kesabaran.
Tidak ada sesuatu yang boleh menyebabkan dia menjadi marah, ataupun menjadikannya membenci, dan terkumpul dalam peribadinya sifat berhati-hati dalam empat perkara, iaitu: Suka membuat yang baik-baik dan melaksanakannya untuk kepentingan ummat dalam hal-ehwal mereka yang berkaitan dengan dunia mahupun akhirat, agar dapat dicontohi oleh yang lain.
Dia meninggalkan yang buruk, agar dijauhi dan tidak dibuat oleh yang lain. Bersungguh-sungguh mencari jalan yang baik untuk maslahat ummatnya, dan melakukan apa yang dapat mendatangkan manfaat buat ummatnya, baik buat dunia ataupun buat akhirat.أ¢â‚¬?

Fahaman yg perlu diwaspada

Basmallah,,cuba renungkan sejenak mengenai fahaman2 yg selalu hangat diperkatakan.
Akhli Sunnah Waljamaah
Golongan orang Islam yang berpegang pada Akidah ( ajaran, kepercayaan, dan amalan) yang dibawa oleh rasullullah mengikut Al-Quran, dan sunnahnya. Fahaman ini juga dijadikan penggangan para sahabat rasullullah ( Al-hadith, ajmak para sahabat, dan Al-khias). Fahaman ini dapat menjernihkan Akhidah umat Islam daripada berbagai-bagai fahaman yang menyeleweng daripada ajaran Islam yang sebenar.
Fahaman Syiah
Golongan yang menganggap Saidinah Ali Radhiallahhuan dan keturunannya yang lain sebagai pengganti Rasullullah sebagai Imam (Pemimpin) yang maksum bagi umat islam. Dan golongan ini tidak mengakui khalifah yang lain sebagai pemimpin. Dan golongan ini di anggap terpesong dari landasan agama Islam. Dan golongan ini ramai berada di Asia Barat.

Fahaman Muktazilah
Golongan yang percaya kepada ketentuan logik akal fikiran atau di kenali dengan ahli fikir. Mereka banyak terpengaruh dengan fahaman Yunani. Mereka percaya kepada keusahaan zat Allah Taala, tetapi tidak percaya Allah Taala mempunyai sifat. (Terlalu taksub kepada logik akal sehingga segala perbuatan manusia di tentukan oleh akal fikiran dan membelakangi kudrat dan irodah Allah Taala).
Fahaman Khodariah
Golongan  yang  mengikut fahaman Muktazilah yang berfahaman bahawa manusia mempunyai kuasa yang tersendiri dan dapat menentukan segala perbuatannya sama ada baik ataupun buruk. Allah Taala tidak ada kena-mengena dengan perbuatan manusia dan hanya mengetahui setelah perbuatan itu dilakukan oleh manusia. Menganggap perbuatan manusia  memberi kesan.
Fahaman Jabariah
Golongan yang berfahaman bahawa manusia tidak mempunyai ikhtiar dan usaha. Segala-galanya berlaku dan di jadikan oleh Allah Taala, baik dan buruk adalah ketentuan Allah Taala semata-mata.
Fahaman Wahabiat
Golongan yang berpengang pada Al-Quran dan hadith rasullullah  S.A.W serta menolak bidaah termasuk bidaah hassanah dan menganggap semua bidaah adalah sesat. Golongan  ini melarang penganutnya menziarahi makam rasullullah. Melarang penganutnya mempelajari sifat dua puluh Allah Taala.
Di atas ialah 7  fahaman yang terdapat di dalam agama Islam, kenapa saya menulis artikel ini kerana saya ingin berkongsi dengan anda semua, saya tahu ramai di antara anda semua tidak tahu yang agama Islam mempunyai fahaman-fahaman yang berlainan.

Di antara semua fahaman di atas hanya satu sahaja fahaman yang berlandaskan ajaran Islam yang sebenar iaitu Akhli Sunnah Waljamaah.Akan tetapi bg pendapat sy,,bidaah hasanah i2 tiada dalam nas dan dalil...jadi,benda i2 bg ana perlu ditolak